Donderdag 01 Januarie 2015

Buletin Maulid 1436 H

BULETIN MAULID NABI MUHAMMAD SAW    

BIOGRAFI NABI MUHAMMAD SAW beserta KELUARGA

Nabi Muhammad SAW dilahirkan dari Keturunan Quraisy di Kota Makkah, pada hari Senin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibunya, bernama Aminah binti Wahab, adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya bernama Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh. Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim piatu. Menurut tradisi keluarga atasan Mekkah, Nabi Muhammad SAW telah dipelihara oleh seorang ibu angkat (ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah  di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, Nabi Muhammad SAW telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, Nabi Muhammad SAW dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Setelah itu datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapak saudaranya yakni Abu Thalib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapak saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapak saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria). Sejak kecil, beliau tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.
          Nabi Muhammad Bersama Khadijah dan Istri lainnya :  Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara beliau menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusan niaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa. Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 6 orang anak (2 lelaki dan 4 perempuan) tetapi kedua-dua anak lelaki mereka, Qasim dan Abdullah meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan beliau yakni Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Usia Khadijah meninggal pada usia 64 tahun. Seorang lagi anak beliau adalah hasil perkahwinan baginda dengan Maria al-Qibtiyyah. Putera baginda bersama Maria bernama Ibrahim itu juga meninggal semasa kecil. Nabi Muhammad S.A.W mempunyai 4 orang isteri. Isteri-isteri beliau dikenali sebagai "Ummul Mukminin" yang bermaksud "ibu orang-orang beriman".
   Ketika Diangkat Menjadi Rosul : Pada suatu malam hari Senin, 21 Ramadhan ketika beliau sedang bertafakur di Gua HiraMalaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Beliau diminta membaca. Beliau menjawab, "Saya tidak bisa membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan Nabi Muhammad SAW tetap tidak bisa membaca dari ucapan Malaikat Jibril. Akhirnya, Jibril berkata:
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya." (QS. Al-Alaq. Ayat 1-5)
Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu Nabi Muhammad SAW pada umur 40 tahun.

Kritik dan Saran Hub. 085730052220 (Ketua Remas)

                        
Buletin Maulid 1436 H                                            

BERJUANG, BERAKHLAQ DAN BERTAQWA     

Geen opmerkings nie:

Plaas 'n opmerking